Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Sejarah baru tercipta

Woot woot...lama tak update.
Dah berhabuk blog aku ni erk.
Maklumlah sibuk ngan exam la..hehehe..padahal sibuk berkonvoi dan ber DOTA.

Tajuk entry aku ni macam aku dah cipta sejarah baru je kan..hahahaha.
Sebenarnya aku cuma nak kongsi apa yang berlaku dalam Universiti aku sempena PRK(pilihan raya) MPP untuk musim 2011/2012.

Pernah dengar masa tengah hangat berkempen boleh lak buat penamaan calon semula. Tak pernah dengar kan. Menjadi isu sekarang kerana wujud hasad dengki dari pihak Pro Aspirasi yang ingin membatalkan penyertaan seorang wakil dari pihak Pro Mahasiswa. Untuk perkara lebih lanjut boleh bukak MalaysiaKini


ps:malu aku apabila berlaku hal camni.tiada keadilan dalam pihak atasan.


video yang diambil ketika melakukan protes selepas penamaan calon semula


STUDENT POWER

Friday, August 20, 2010

Penduduk Ipoh Dipaksa Kibar Bendera?

Walaupun Perayaan Bulan Kemerdekaan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Aug 1, rakyat sekitar Ipoh terus memandang sepi tanpa mengibarkan bendera.

Rata-rata pemilik premis perniagaan atau bangunan disekitar bandar Ipoh masih terus sunyi sepi tanpa kibaran Jalur Gemilang.


Menyedari keadaan yang sugul ini, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim telah mendesak penduduk Ipoh menaikkan Jalur Gemilang sekarang.

Beliau dilihat begitu terdesak hingga terpaksa mengadakan peraturan baru untuk mengugut para peniaga yang akan memperbaharui lesen perniagaan mereka dengan denda kompaun dan menyenaraihitamkan peniaga-peniaga yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.


Sumber loveperak

Thursday, August 19, 2010

Mahfuz - Jangan Percaya Sandiwara Chua-Muhyiddin

PAS dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan rancangan terbaru BN mengenai pertelagahan antara Tan Sri Muhyiddn Yassin dengan Datuk Dr Chua Soi Lek berhubung cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan Presiden MCA, Chua Soi Lek tersebut sebenarnya untuk mencuit emosi pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya mengambil sikap cauvinis seperti Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Apa yang dilakukan oleh Presiden MCA (Chua) ini lebih untuk mencuit kita (PAS) dan Pakatan Rakyat, mereka mahu kita dilihat cauvinis macam mereka," ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya provokasi Chua itu berjaya, sekaligus dapat menimbulkan rasa benci rakyat pada PAS dan Pakatan Rakyat sebagaimana mereka membenci politik perkauman Umno BN pada pilihan raya umum lepas.

"Untuk ajak orang Cina bersama MCA atau Umno atau BN, susah sebab rakyat tolak politik perkauman," ujarnya.


"Pilihan yang ada adalah mencetuskan semua ini supaya rakyat boleh benci kita pula semacam rakyat benci politik perkauman mereka ini."

Sambil menyifatkan inisiatif Chua sebagai opera cina serta mengulangi sandiwara Lim Kim Sai, Timbalan Presiden MCA pada tahun 1987 lalu, beliau mendakwa Chua cuba mencipta Operasi Lalang kedua sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Inilah persembahan opera terbaru MCA, dia (Chua) nak ulangi apa yang dilakukan oleh Lim Kim Sai, dia mungkin nak cetuskan apa yang pernah berlaku 23 tahun lalu," tegasnya.

Manakala, dakwanya lagi tindakan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri memberi amaran pada Chua seakan mengulangi peranan Datuk Harun Idris (Ketua Pemuda Umno) membakar emosi orang-orang Melayu supaya anti Cina.

"Muhyiddin pula ambil peranan Harun Idris dengan pementasan bangsawannya rendah moral bagi membakar semangat Melayu," beliau menambah.

Dalam pada itu, beliau mempersoal motif Chua kerana tidak mengajak DAP bersama-samanya mendesak kerajaan pusat menghapuskan kuota Bumiputera.

"Bila Chua kata MCA akan cuba sependapat dengan DAP, maknanya dia cuba bersandar DAP dan tak boleh tolak DAP, kalau dia tolak DAP, Cina akan jauh dari MCA dan BN.

"Chua buat ini semua supaya orang-orang Melayu rasa terancam konon-kononnya MCA dan DAP bersatu, supaya heret orang Melayu dan orang-orang PAS sokong BN macam dulu," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal niat Chua kerana tidak menjemput Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri bersama-samanya memperjuangkan cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera itu.

"Kalau ya cadangan Chua itu adalah resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia, saya nak tanya: mengapa dia (Chua) tak ajak sekali DAP, tak ajak Guan Eng hapuskan kuota Bumiputera," soalnya sambil memuji tindakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kerana paling awal bertindak memberi nasihat kepada pemimpin DAP supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara Chua dan Muhyiddin.

Begitu juga dengan Umno, beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempopularkan slogan 1Malaysia supaya orang-orang bukan Melayu tidak terus menolak politik perkauman parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dengan sandiwara Chua-Muhyiddin, tambahnya lagi mungkin mampu membendung orang-orang Melayu dari melengkapkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Saya ingat Chua atau Muhyiddin pun tahu bahawa sokongan rakyat pada pilihan raya dulu (PRU12) umumnya adalah ehsan orang-orang Melayu, dia nampak takut kalau orang-orang Melayu sokong kita pada pilihan raya depan (PRU13)," beliau menambah.

Melihat pada politik kotor Chua dan Muhyiddin, beliau mencadangkan kepemimpinan PAS serta Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya mempopularkan suatu jaminan sosial yang lebih jujur lagi dinamik kepada rakyat dalam masa terdekat ini.