Saturday, December 25, 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Ni kali pertama aku tengok Oh! Media buat contest khas bagi peminat-peminat Oh! Media yang mempunyai blog. Pihak Oh! Media menjanjikan hadiah yang agak lumayan la juga kali ini.


Agak lumayan juga hadiahnya kan.

Oh! Media Network mempunyai banyak laman webnya yang tersendiri, dan antaranya ialah;

Antara banyak blog kat atas ni, paling aku minat adala Oh! Tidak kerana cerita di dalamnya kebanyakan membuatkan aku tergelak sorang-sorang depan laptop aku.


Antara sebab aku minat penulisan Encik Khai ni adalah:
  • artikelnya sememangnya lawak, menarik dan tersendiri
  • selalu update cepat je berita-berita sensasi yang terbaik dari ladang
  • lagi satu aku tengok blog ni 24 jam update, dah macam kedai mamak tak tutup ni
  • paling aku suka kat Oh! Media ni, aku dapat tengok orang duk berebut nak 1st. Dah macam budak2 la plak peminat Oh! Media ini.

Klik kasi besar

  • penulisan Encik Khai aku suka kerana pandai mengambil hati pembaca2 sekalian
Kepada pembaca-pembaca blog aku yang tak tahu lagi pasal Oh! Media. Boleh lah juga usha2 blog Oh! Media ni. Tak menyesal aku kata baca. Korang juga boleh follow Oh! Media ini kat facebook.

Klik kasi besar

Setakat ni je rasa aku nak bagitahu pasal Oh! Media ni.

p.s:harap2 lah menang..hahahaha... 

Thursday, December 16, 2010

DOTA

Dota..Dota...Dota...bak kata orang yang tak pernah main, DOTA ni maknanya DuniaOrangTanpaAwek tapi camne ngan orang yang dah de awek tapi still main dota. Yang tu plak Dota yang bermaksud DuniaOrangTengahAngau. Tapi nak buat camne sebab aku sendiri pun main game ni. Dah terikut-ikut kawan2 aku kat U aku.

Siap dah tubuhkan group Dota iaitu Lc. Dota Community

Klik untuk besarkan

Tapi time cuti 3 minggu ni aku xleh main sebab adapter charger laptop aku rosak. Tunggu buka semester baru barulah boleh beli. Nak beli kat Terengganu harga RM140, baik aku beli kat Johor yang harganya RM75 je.

Mujur ada notebook streamyx, boleh gak buka2 internet,

Untuk member2 aku yang membaca entry ini, faham2 lah aku tak leh nak main DOTA cuti ni..hehehehe..

Wednesday, November 24, 2010

Mood Now

Bermula 23/11 hingga 10/12 merupakan Final Exam bagi  pelajar2  Universiti Tun Hussein Onn..

kepala otak aku pun da bingai da duk baca buku je..so daripada aku tension..aku layan DOTA je time ni bg hilangkan pening2...

Nak cerita sikit pasal FB(facebook)ni..ramai orang yang kena hack password diorang termasuklah aku..ini kali kedua aku kena camni dan FB aku telah di hack oleh seseorang dari negara jiran.

Klik untuk gambar yang lebih besar



Ada masa lepas Final Exam nak aktif balik la blog ni..

Monday, September 27, 2010

Malaysia CubPrix 2010 - Melaka Round 7 Stadium Hang Jebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Aku hari ini saja2 nak post pasal aku pergi CubPrix semalam(hari ahad).
Aku pergi disebabkan nak tengok jiran yang aku panggil ABANG DI ni main cubprix dalam kategori Privateer(Persendirian). Mula2 aku rancang nak bangun pukul 7 sebab aku nak samapai awal sana nak tengok dia dalam peringkat saringan. Tetapi apakah daya, aku terkejut pada pukul 10 pagi. Apa lagi, cepat2 mandi dan terus bertolak dari Parit Raja nak pergi Melaka. Aku pergi melalui lebuhraya PLUS. Punya lah nak sampai cepat. Aku bawa selaju mungkin motosikal aku. Mula2 boleh pergi 140 je motosikal aku ini. Mujurlah ada trak askar bawa laju gila. Aku pun duduk je la belakang trak tu. Habis meter aku pusing sampai 180. Pukul 10.20 dah sampai Pagoh. Sekejap je.

Berhenti isi minyak sekejap dan terus gerak ke Melaka. Sampai2 kat Melaka pukul 11 lebih sikit. Sampai2 je jiran aku kata dia dah terbabas masa saringan pagi. Tak boleh la nank tengok dia main pusingan akhir. Mujurlah dia bagi aku pas masuk dalam CubPrix tu. Boleh aku masuk ke mana2 ikut suka aku



Aku pun merayap lah tengok2 pameran yang ada di sekitar litar tersebut. Antara gambar sekitar litar:


 Model Tayar Maxxis

 Model Suzuki

 Yamaha 135Lc

Petronas Sprinta 

Ni pulak gambar2 masa aku masuk kat starting grid









Apa2 pun. CubPrix ini memang terbaik lah sebab ini kali pertama aku dapat masuk ke kawasan PADDOCK dan STARTING GRID. Ingat senang ke. Hehehe.

Siap dapat ambik gambar lagi.

Setakat ini je lah aku post aku hari ini. Ada masa aku akan berblogging lagi. Sekarang musim exam. Payah sikit nak tulis blog ini. 







Wednesday, September 22, 2010

KONVOI KONVOI KONVOI

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua. Sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa hari ini dalam blog aku. Tangan nak menaip je tetapi kepala aku ini kosong tak ada idea.

Aku cuma nak kongsi2 gambar masa aku pergi konvoi ke Kluang untuk ke majlis berbuka puasa bersama KOM Kluang. Aku dan member dari KOM UTHM saje2 je gatal2 nak pergi berbuka puasa bersama di sana bagi mengeratkan hubungan antara ahli2 KOM. Untuk pengetahuan la, KOM ni merupakan Komuniti Budak2 LC kat Malaysia.

Ni antara gambar yang diambil semasa di Kluang

Dataran Kluang(sebelum bergerak ke kedai makan)


dataran juga


kat kedai makan


sebelum balik ke UTHM(dataran Kluang juga)

Harap2 dapatlah lagi sekali sekala pergi konvoi ramai2.BEZ~~~~~~~~

Friday, September 3, 2010

Balik RAYA~~~~~

Esok hari sabtu, sekali lagi aku akan mengalami perjalanan yang meletihkan iaitu pulang raya dengan menaiki kenderaan yang digelar PHANTOM,,keh3. Sebenarnya PHANTOM ni motosikanl kesayangan aku. No pendaftarannya adalah TAU9148.


LAWA X???KEH3


Motosikal aku ni da setahun lebih dah aku pakai tetapi sem ini merupakan sem pertama aku bawa motosikal aku ini ke Johor. Aku dah belajar kat Johor ini selama setahun setengah dah. Dah sem 3 pun.

Esok lepas sahur dan juga solat Subuh, insyaAlllah aku dan member2 yang baru je aku kenal bulan puasa ini akan bertolak pulang ke destinasi kami. Dalam 5-6 buah motosikal je yang akan berkonvoi pulang ke pantai timur. Ok la. Ada masa, aku update lagi pengalaman ride balik kampung ni lepas raya. Balik ke kampung maknanya tiada masalah untuk aku online erk. Anyway, ADIOZZZZZZZ


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF DIPOHON JIKA ADA TERSALAH.

Malam raya pakat dengar meriam aku ni.

HAHAHAH~~~~

Saturday, August 21, 2010

Tugu Kemerdekaan

Mereka ini adalah penjajah, wajah mereka adalah wajah penjajah, pejuang kemerdekaan dipencilkan, yang dijadikan wajah hiasan tugu ini adalah wajah-wajah penjajah, apakah kita telah merdeka dari penjajahan sebenarnya? atau sekadar bertukar wajah?

Sempena Ramadhan yang mulia ini mari kita sedekahkan pahala al-Fatihah kepada pejuang-pejuang negara yang sebenarnya semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah Taala dan celakalah hendaknya kepada pengkhianat dan tali barut penjajah.



Ada ke nama2 pejuang MELAYU???
cuba check nama yg ada kt tugu tu...semua nama omputih....he3

Tugu Negara pada mulanya telah dibina semasa zaman pemerintahan penjajahan Inggeris di Malaya. Ia diperbuat hanya dari sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di Jalan Tugu. Pembinaanya bagi memperingati para tentera Inggeris yang mati dibunuh.

semua nama omputih

Friday, August 20, 2010

Penduduk Ipoh Dipaksa Kibar Bendera?

Walaupun Perayaan Bulan Kemerdekaan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Aug 1, rakyat sekitar Ipoh terus memandang sepi tanpa mengibarkan bendera.

Rata-rata pemilik premis perniagaan atau bangunan disekitar bandar Ipoh masih terus sunyi sepi tanpa kibaran Jalur Gemilang.


Menyedari keadaan yang sugul ini, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim telah mendesak penduduk Ipoh menaikkan Jalur Gemilang sekarang.

Beliau dilihat begitu terdesak hingga terpaksa mengadakan peraturan baru untuk mengugut para peniaga yang akan memperbaharui lesen perniagaan mereka dengan denda kompaun dan menyenaraihitamkan peniaga-peniaga yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.


Sumber loveperak

Wok tidak lagi mahu menjadi JANDA buat kali ke 23



                           WOOK tetap setia dengan suaminya, Mohd. Nor (gambar kecil).









HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.

Namun, dalam tegas dia menyatakan, ini adalah kali terakhir dia mengeluarkan simpanannya untuk menjamin suaminya dan jika Mohd. Nor ditahan lagi selepas ini, lelaki itu terpaksa meringkuk di penjara.

“Tok tetap akan tunggu dia sebab tak nak jadi janda lagi,” kata Wook mengulas tindakannya mengeluarkan simpanan sebanyak RM2,000 untuk membebaskan Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan dipercayai terlibat dengan dadah pada 9 Ogos lalu.

Sebelum ini, Mohd. Nor pernah ditahan selama setahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi dan Besut sebelum dibebaskan 15 Julai lalu.

Menurut Wook yang ditemui di rumah adiknya di Taman Perumahan Tok Randok, Ajil dekat sini, dia memang kesal dengan tindakan suaminya itu yang disifatkan masih tidak insaf kerana masih terjebak dengan dadah.

Bagaimanapun, katanya, dia juga tidak mahu ada perkahwinan lain lagi selepas ini.

Thursday, August 19, 2010

Mahfuz - Jangan Percaya Sandiwara Chua-Muhyiddin

PAS dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan rancangan terbaru BN mengenai pertelagahan antara Tan Sri Muhyiddn Yassin dengan Datuk Dr Chua Soi Lek berhubung cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan Presiden MCA, Chua Soi Lek tersebut sebenarnya untuk mencuit emosi pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya mengambil sikap cauvinis seperti Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Apa yang dilakukan oleh Presiden MCA (Chua) ini lebih untuk mencuit kita (PAS) dan Pakatan Rakyat, mereka mahu kita dilihat cauvinis macam mereka," ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya provokasi Chua itu berjaya, sekaligus dapat menimbulkan rasa benci rakyat pada PAS dan Pakatan Rakyat sebagaimana mereka membenci politik perkauman Umno BN pada pilihan raya umum lepas.

"Untuk ajak orang Cina bersama MCA atau Umno atau BN, susah sebab rakyat tolak politik perkauman," ujarnya.


"Pilihan yang ada adalah mencetuskan semua ini supaya rakyat boleh benci kita pula semacam rakyat benci politik perkauman mereka ini."

Sambil menyifatkan inisiatif Chua sebagai opera cina serta mengulangi sandiwara Lim Kim Sai, Timbalan Presiden MCA pada tahun 1987 lalu, beliau mendakwa Chua cuba mencipta Operasi Lalang kedua sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Inilah persembahan opera terbaru MCA, dia (Chua) nak ulangi apa yang dilakukan oleh Lim Kim Sai, dia mungkin nak cetuskan apa yang pernah berlaku 23 tahun lalu," tegasnya.

Manakala, dakwanya lagi tindakan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri memberi amaran pada Chua seakan mengulangi peranan Datuk Harun Idris (Ketua Pemuda Umno) membakar emosi orang-orang Melayu supaya anti Cina.

"Muhyiddin pula ambil peranan Harun Idris dengan pementasan bangsawannya rendah moral bagi membakar semangat Melayu," beliau menambah.

Dalam pada itu, beliau mempersoal motif Chua kerana tidak mengajak DAP bersama-samanya mendesak kerajaan pusat menghapuskan kuota Bumiputera.

"Bila Chua kata MCA akan cuba sependapat dengan DAP, maknanya dia cuba bersandar DAP dan tak boleh tolak DAP, kalau dia tolak DAP, Cina akan jauh dari MCA dan BN.

"Chua buat ini semua supaya orang-orang Melayu rasa terancam konon-kononnya MCA dan DAP bersatu, supaya heret orang Melayu dan orang-orang PAS sokong BN macam dulu," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal niat Chua kerana tidak menjemput Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri bersama-samanya memperjuangkan cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera itu.

"Kalau ya cadangan Chua itu adalah resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia, saya nak tanya: mengapa dia (Chua) tak ajak sekali DAP, tak ajak Guan Eng hapuskan kuota Bumiputera," soalnya sambil memuji tindakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kerana paling awal bertindak memberi nasihat kepada pemimpin DAP supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara Chua dan Muhyiddin.

Begitu juga dengan Umno, beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempopularkan slogan 1Malaysia supaya orang-orang bukan Melayu tidak terus menolak politik perkauman parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dengan sandiwara Chua-Muhyiddin, tambahnya lagi mungkin mampu membendung orang-orang Melayu dari melengkapkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Saya ingat Chua atau Muhyiddin pun tahu bahawa sokongan rakyat pada pilihan raya dulu (PRU12) umumnya adalah ehsan orang-orang Melayu, dia nampak takut kalau orang-orang Melayu sokong kita pada pilihan raya depan (PRU13)," beliau menambah.

Melihat pada politik kotor Chua dan Muhyiddin, beliau mencadangkan kepemimpinan PAS serta Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya mempopularkan suatu jaminan sosial yang lebih jujur lagi dinamik kepada rakyat dalam masa terdekat ini.

Tycoon China membida Liverpool


Kenny Huang, tycoon atau bilionaire dari China telah membida secara rasmi kelab Liverpool dengan nilai ?350 juta untuk mengambil alih Liverpool daripada pemiliknya sekarang iaitu George Glillet dan Tom Hicks.Dalam satu laporan, Huang yang merupakan pemilik QSL Sports telah meminta peguamnya untuk berbincang dengan Barclays Bank untuk proses ini.
Beliau berharap agar dapat menyempurnakan pengambil-alihan kelab Liverpool sebelum tarikh perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos ini.
Nantikan maklumat terkini tentang pembidaan ini.

Wednesday, August 18, 2010

Rahsia Keajaiban Budu



Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.



Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung danhipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa danstokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin ADE dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzeinglisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Sumber : Wikipedia