Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

DOTA

Dota..Dota...Dota...bak kata orang yang tak pernah main, DOTA ni maknanya DuniaOrangTanpaAwek tapi camne ngan orang yang dah de awek tapi still main dota. Yang tu plak Dota yang bermaksud DuniaOrangTengahAngau. Tapi nak buat camne sebab aku sendiri pun main game ni. Dah terikut-ikut kawan2 aku kat U aku.

Siap dah tubuhkan group Dota iaitu Lc. Dota Community

Klik untuk besarkan

Tapi time cuti 3 minggu ni aku xleh main sebab adapter charger laptop aku rosak. Tunggu buka semester baru barulah boleh beli. Nak beli kat Terengganu harga RM140, baik aku beli kat Johor yang harganya RM75 je.

Mujur ada notebook streamyx, boleh gak buka2 internet,

Untuk member2 aku yang membaca entry ini, faham2 lah aku tak leh nak main DOTA cuti ni..hehehehe..

Wednesday, September 22, 2010

KONVOI KONVOI KONVOI

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua. Sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa hari ini dalam blog aku. Tangan nak menaip je tetapi kepala aku ini kosong tak ada idea.

Aku cuma nak kongsi2 gambar masa aku pergi konvoi ke Kluang untuk ke majlis berbuka puasa bersama KOM Kluang. Aku dan member dari KOM UTHM saje2 je gatal2 nak pergi berbuka puasa bersama di sana bagi mengeratkan hubungan antara ahli2 KOM. Untuk pengetahuan la, KOM ni merupakan Komuniti Budak2 LC kat Malaysia.

Ni antara gambar yang diambil semasa di Kluang

Dataran Kluang(sebelum bergerak ke kedai makan)


dataran juga


kat kedai makan


sebelum balik ke UTHM(dataran Kluang juga)

Harap2 dapatlah lagi sekali sekala pergi konvoi ramai2.BEZ~~~~~~~~

Friday, September 3, 2010

Balik RAYA~~~~~

Esok hari sabtu, sekali lagi aku akan mengalami perjalanan yang meletihkan iaitu pulang raya dengan menaiki kenderaan yang digelar PHANTOM,,keh3. Sebenarnya PHANTOM ni motosikanl kesayangan aku. No pendaftarannya adalah TAU9148.


LAWA X???KEH3


Motosikal aku ni da setahun lebih dah aku pakai tetapi sem ini merupakan sem pertama aku bawa motosikal aku ini ke Johor. Aku dah belajar kat Johor ini selama setahun setengah dah. Dah sem 3 pun.

Esok lepas sahur dan juga solat Subuh, insyaAlllah aku dan member2 yang baru je aku kenal bulan puasa ini akan bertolak pulang ke destinasi kami. Dalam 5-6 buah motosikal je yang akan berkonvoi pulang ke pantai timur. Ok la. Ada masa, aku update lagi pengalaman ride balik kampung ni lepas raya. Balik ke kampung maknanya tiada masalah untuk aku online erk. Anyway, ADIOZZZZZZZ


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF DIPOHON JIKA ADA TERSALAH.

Malam raya pakat dengar meriam aku ni.

HAHAHAH~~~~

Thursday, August 12, 2010

Piala Dunia

Walaupun Piala Dunia da lama pun abis. Aku saje2 je nak kongsi kat korang pengalaman masa tengok final Spain lwn Belanda. Time tu, pihak UTHM(Universiti Tun Hussein Onn) telah membuat tayangan skrin besar kat Dataran Penyu. Aku selaku peminat SPAIN pergi join member2 aku g tengok kat Dataran tu. Ingat nak tengok kat kedai tapi tak syok r sebab x ramai. Jadi aku dan member2 aku g la ke dataran tu.

Pihak MPP pula telah menyediakan  cat untuk menconteng muka sebagai tanda sokongan kepada pasukan masing2. Aku pun apa lagi, join sekali r cat muka. Member2 ak pun join sekali cat muka.

Ni member aku.

Perlawanan kedua2 pasukan memang sengit. Aku dah macam nak tercabut jantung tengok aksi kedua2 pasukan. Mujurlah Iniesta menjadi penyelamat Spain.(goal minit 115)

Setakat ni je la post aku ari ni. Kepada seluruh Umat Islam. Puasa jangan tinggal, nanti tak dapat duit raya.


                                                 
Ni la aku.

Wednesday, August 11, 2010

Puasa @ Pose

Hari ni first day kita sumer puasa di bulan Ramadhan. Puasa kali ni juga merupakan first time aku berpuasa di rumah sewa aku bersama budak2 rumah. Sebelum ni puasa kat rumah dan asrama je. So, puasa tahun ni aku harap dapat masak sendiri kat rumah. Nak rasa juga masakan sendiri(kan3).Semalam pun keluar pemberitahuan hari puasa



Hari first sahur, aku juz beli lauk kat kedai je la dan berbuka petang ni pun beli lauk je la. Malas lagi nak masak2 ke. Nanti nak berbuka nanti memang konpem2 je g bazar ramadhan. Nak membeli tu, ingat2 lah nasib umat Islam lain kat negara lain tu



 K la. Saja2 je nak share citer aku ari ni.

Lain kali aku update lagi la blog aku ni. Dah nak berkulat blog aku ni(lama x bukak blog).

ADIOZZZZZZZZZZZ

POSE JANGAN TAK POSE

Nanti berbuka makan jangan gelojoh erk.

Friday, May 28, 2010

Geng Kerapu vs MakCik Pekak

Dah sebulan x update blog ni. Mujur xde lagi sarang labah2. Aku dah x update blog ni dalam lebih kurang 1 bulan. Maklumlah xde internet. Selama ni duk guna wifi Universiti je. Sejak masuk umah sewa, online FB pun tidak inikan pulak nak update blog.. Selama sebulan duk umah sewa xde internet, akhirnya streamyx pun berjaya dipasang. Baru je 3 hari pakai streamyx.

Mungkin korang duk fikir apa kaitan tajuk post ni ngan pe yang aku tulis sekarang. Geng Kerapu tu nama gelaran bagi budak2 rumah sewa aku. Makcik Pekak tu jiran sebelah(x pekak pun). Sepanjang duduk kat umah sewa 3 minggu, ada la budak2 umah kami online menggunakan streamyx Makcik Pekak ni tanpa diketahui(da x letak password). Punya la lembab sebab jauh ckit dari rumah. Kesian makcik tu sebab kitorang duk download movie pakai sreamyx dye. Tapi 3 hari yang lepas, makcik tu patut bersyukur sebab kitorang akhirnya ada streamyx sendiri dan nama streamyx kami adalah geng_kerapu.
 zoom erk kalu x nampak. Yang line satu malaysia tu x berguna lansung.=p

Ok r. Setakat ini sahaja. Lain kali akan update lagi.ha3.

Monday, May 3, 2010

Balik Kampung

Saat yang dinanti2 telah tiba. Akhirnya final exam yang menyeksakan ni da abis...Yeahhhhhhhhhhhhh.

Paper last adalah fizik dan peperiksaan tu abis kul 11.30 6t...(sekarang 11.20)..he3..

Aku kluar awal dari exam hall bagi celebrates awal dari orang lain.(walaupun xleh jawab sebenarnya)=p

Dan malam ini aku akan berangkat pulang ke kampung tercinta di Terengganu. Tak sabar rasanya nak balik.

Pintu Gerbang Kampung Halaman(Bandar Al Muktafi Billah Shah)
Tasik BALORA(depan kampung aku)


Walaupun aku cuti hanyalah seminggu kerana ada sem pendek selepas ini(time orang lain cuti sem 2 bulan,sedih oii). Balik ni hanyalah sebagai pemuas hati daripada tak balik lansung. Boleh jumpa family especially adik2. K la, nak packing barang dulu erk. Adios.
Adik paling bongsu.

Saturday, May 1, 2010

Kenangan Zaman Persekolahan


Zaman sekolah banyak mengajar kita erti kehidupan, persahabatan dan banyak lagi. Kebanyakan dari kita berasal dari pelbagai jenis sekolah seperti MRSM, SBP, Sekolah Agama, Sekolah Teknik, Sekolah Harian  dan macam2 lagi.

Dan aku berasal dari golongan sekolah SBP. Banyak perkara yang berlaku semasa di zaman persekolahan. Pengalaman pahit manis selama 5 tahun di SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN. Terlalu banyak nak diceritakan di sini tetapi aku begitu rindu pada zaman persekolahan. Mungkin ketika aku berada di sekolah, aku asyik memikirkan untuk keluar dari sekolah. Malas aku nak bercerita lagi, aku cuma nak tunjuk gambar2 kenangan dan barang yang membuatkan aku x lupa pada zaman sekolah.

Gambar Bag Lukisan Kejuteraan(dilukis oleh Habil Halimi)




Baju Sekolah(di sign sebelum exam LK n after Fizik exam)

Hari Guru 2008


Trip to Gunung Irau(Cameron Highland)
Ketika seorang member(Mat Min) pindah keluar dari SMSD
Dikir Barat(Peringkat Negeri Terengganu)

Ketika sesi pergambaran kelas 5 Al Batani(kelas budak baik)=p 




Sekolah Menengah Sains Dungun.

Setakat ni saja.